SEBAB HILANGNYA REZEKI
SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA
Saya tulis blog ini berdasarkan pengalaman saya sebagai anak yang melihat apa yang berlaku dalam hubungan keluarga saya.
1. sering bergaduh
usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi sebab duit. berbincang dan cari persefahaman. bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan di sekat.
2. merungut dan merasa anak-anak sebagai beban
berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimilik
kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
4. lokek dengan pasangan dan anak-anak
jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. perlu ada tolak ansur dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. gagal mengawal emosi dan marah
jangan meninggikan suara dan gunakan perkataan yang baik-baik sahaja bersama suami isteri dan anak-anak. buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. kurang bersabar
bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. nasihat dan cari penyelesaian secara baik. banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman.
7. kurang berdoa
sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Comments
Post a Comment