Skip to main content

kerja berkumpulan


Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah :

  • Ahli tidak mahu bekerjasama
 Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia.

  • Cadangan idea yang bercanggah
Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat.

  • Kekangan masa
Masa pun menjadi masalah. Dalam ahli kumpulan bukan semua masa antara ahli adalah sama. Bila ada ahli yang mempunyai masa lapang, ada pula ahli lain yang banyak kerja. Jadi, bila nak buat kerja berkumpulan ini pun boleh susah sebab masa tak sehaluan.


Cabaran ini memang boleh menimbulkan masalah dalam membuat sesuatu kerja yang berkualiti. Tapi dalam masalah yang mungkin atau kita hadapi ini mesti boleh diselesaikan. Perkara yang boleh kita lakukan supaya cabaran dan masalah dalam kumpulan tidak menjadi lebih besar ialah:

  • Kita mestilah bertolak ansur dalam perbincangan
Janganlah kita hanya mahu semua orang mengikut cadangan kita sahaja. Belajar terima cadangan orang lain sama. Belajar untuk terima adakala nya cadangan kita kurang bernas dan menarik. 

  • Ambil bahagian dalam setiap gerak kerja dalam kumpulan
Jangan jadi seperti parasit yang hanya tahu mengambil hasil dari orang lain semata-mata. Cuba mengambil bahagian dalam setiap kerja yang dilakukan bersama-sama ahli kumpulan.

  • Berkongsi maklumat antara ahli kumpulan
Janganlah kita kedekut ilmu. Cuba berkongsi ilmu yang kita perolehi dengan orang lain. tidak guna kita menyimpan ilmu itu seorang diri.

Diharapkan berguna untuk pembaca blogger. Sekian terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum. Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah. Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assig

1 MURID 1 SUKAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan? Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung s