Skip to main content

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum.

Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak.

Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda.

Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah.

Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assignment kau. aku tak kisah tunggu kau balik tengah malam. aku tak kisah halaukan lipas untuk kau. aku tak kisah habiskan duit aku untuk kau. semua itu aku tak kisah langsung. Yang aku kisah, bila kau senang, kau lupa aku.

Kadang-kadang tu, tiada angin tiada ribut, ada saja kawan-kawan yang aku telah anggap pupus cuba menghubungi aku semula dan ternyata ada sesuatu yang pelik disitu.
Tolonglah ikhlas dalam berkawan dan sering mengambil berat di antara satu sama lain sekiranya kita telah mengiktiraf seseorang itu sebagai sahabat.


kepada yang kawan yang pernah buat macam itu, tolonglah muhasabah diri.



Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS GRADUASI PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM-KPT-MSN 2017

Majlis Graduasi Pragram Prauniversiti KPM-KPT-MSN  Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan 2017 Majlis ini disempurnakan oleh YBHG. DATO' AHMAD SHAPAWI BIN ISMAIL iaitu ketua pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 29 September 2017 ( Jumaat) bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pada pukul 8 pagi, para pelajar diminta membuat pendaftaran di meja pendaftaran di luar dewan. pra pelajar diminta untuk mengisi nama, nombor telefon dan nama ibu bapa pengiring. Kemudian, para pelajar diminta untuk berkumpul dan mendengar taklimat untuk raptai pertama pada pukul 10 pagi. selesai mendengar taklimat, para pelajar disusun mengikut senarai nama yang sedia ada untuk upacara penyampaian sijil. selesai sesi raptai pertama, para pelajar berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Atur Cara Majlis Graduasi Pelajar Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN Sekolah Sukan Malaysia tahun 2017 seperti berikut; 2.30 petang - Ketibaan ibu bapa dan para ...

IKHLAS

Belajar untuk ikhlas bukan perkara yang mudah untuk kita sebagai seorang manusia. orang yang penyabar pun boleh hilang sabar apabila ditimpa masalah dan dugaan yang menyakitkan hati mereka. cara membuatkan kita bersabar adalah ikhlas menghadapi apa yang berlaku. ikhlas bermakna kita reda dan ikhlas menerima atau memberi sesuatu agar hati kita menjadi tenang. Ciri-ciri orang tidak ikhlas Sombong kebanyakkan orang tidak ikhlas memiliki sifat sombong yang sangat tinggi. mereka merasakan diri mereka adalah yang terbaik. sifat sebegini mendorong mereka untuk membanggakan diri mereka di hadapan orang lain. sombong juga boleh mendorong kita bahaya menjadi orang yang munafik. Suka menujuk ciri orang yang tidak ikhlas adalah suka menujuk harta kekayaan mereka atau segala tingkah laku mereka. jika mereka melakukan kebaikan seperti menolong orang yang susah, mereka ingin semua orang tahu mereka melakukan kebaikan menolong orang susah. mereka selalu menceritakan kebaikan yang me...