Skip to main content

1 MURID 1 SUKAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa  pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.  Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Comments

Popular posts from this blog

kerja berkumpulan

Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah : Ahli tidak mahu bekerjasama  Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia. Cadangan idea yang bercanggah Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat. Kekangan masa ...

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum. Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah. Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assig...