Skip to main content

KEYAKINAN

LANGKAH MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri amat penting untuk seseorang dapat melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu matlamat.

Keyakinan diri ialah kepercayaan bahawa dirinya mampu mengendalikan kehidupannya serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

1. BINA PRINSIP-PRINSIP HIDUP YANG MANTAP
Prinsip atau pendirian amat penting dalam kehidupan. Seseorang yang berprinsip positif adalah orang yang mempunyai ketegasan sikap dalam hidupnya. Lebih mantap prinsip hidup yang sesorang pegang, lebih yakin dan berjayalah seseorang itu meneruskan kehidupannya. Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang mantap agar keyakinan diri anda kekal bertahan terutamanya semasa keyakinan diri anda tercabar.

Berikut ini adalah beberapa prinsip hidup yang mantap:

  • Menghadapi setiap cabaran dengan tenang
  • Mengambil hikmah daripada cabaran yang dihadapi
  • Mengendali cabaran dengan ketabahan dan keyakinan
  • Memupuk sikap positif
  • Memberi tumpuan sepenuh hati terhadap tugas di tangan tanpa risaukan kerja-kerja lain atau kenaikan pangkat.
  • Memohon keredaan yang maha esa
  • Merancang kerja esok hari


2. TETAPKAN MATLAMAT HIDUP YANG JELAS
Matlamat-matlamat hidup adalah antara sumber-sumber utama hala tuju serta pemantap keyakinan diri seseorang. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas akan seolah-olah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti dan tidak yakin ke mana arah dan tujuan kehidupannya. Oleh itu, tetapkan matlamat hidup yang jelas agar anda mempunyai hala tuju dan fokus yang jelas dalam kehidupan anda.

3. BINA PELAN TINDAKAN JITU MENCAPAI MATLAMAT
Mempunyai matlamat jelas amat penting untuk memperteguhkan keyakinan diri. Apabila matlamat anda jelas, perancangan atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan akan lebih mudah dilakukan. Anda juga akan dapat membina pelan tindakan yang lebih jitu. Dengan mempunyai pelan tindakan yang jitu, keyakinan diri anda yang anda boleh berjaya akan meningkat.

4. LIPAT GANDAKAN ILMU PENGETAHUAN ANDA
Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama pembangunan diri. Dengan sentiasa meningkatkan tahap ilmu pengetahuan khususnya dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan keyakinan diri anda. Semakin tinggi ilmu pengetahuan yang anda miliki, semakin meningkatkan keyakinan diri anda. Amalan membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar serta bercambah idea-idea adalah antara langkah-langkah berkesan untuk melipatgandakan ilmu pengetahuan anda.

5.LIPAT GANDAKAN KEMAHIRAN ANDA
Kemahiran juga adalah antara sumber utama pembangunan diri. Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi, sudah pasti akan kurang, malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas yng diamanahkan kepadanya dengan baik. Dengan sentiasa meningkatkan tahap kemahiran khususnya dalam perkara-perkara yang anda perlu kuasai, anda dengan sendirinya mengarah kepada keyakinan diri anda.

6. MANTAPKAN KUALITI KESIHATAN DIRI ANDA
Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Jika kesihatan diri seseorang itu kurang baik, badannya akan menjadi lemah. Fikirannya juga akan turut menjadi kusut dan sudah tentunya ini akan menjejaskan keyakinan dirinya.
Jika kesihatan dirinya baik, sudah pasti badan serta mindanya cergas dan cerdas. Ini dengan sendirinya akan menjadikan lebih bermaya dan berkeyakinan. Oleh itu, usaha menjaga dan memantapkan keyakinan diri perlu seiring dengan usaha memantapkan kesihatan diri.

7. MANTAPKAN KUALITI PENAMPILAN DIRI ANDA
Menjaga keterampilan diri bererti yang menjaga kesihatan, kebersihan serta kekemasan diri, tempat kerja, rumah, kenderaan dan sebagainya. Sudah pastilah juga seseorang itu akan lebih yakin diri apabila ianya dapat memantapkan serta menampilkan imej dirinya yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

kerja berkumpulan

Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah : Ahli tidak mahu bekerjasama  Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia. Cadangan idea yang bercanggah Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat. Kekangan masa Masa pu

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum. Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah. Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assig

1 MURID 1 SUKAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan? Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung s