Skip to main content

MAJLIS GRADUASI PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM-KPT-MSN 2017


Majlis Graduasi Pragram Prauniversiti KPM-KPT-MSN 
Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan 2017

Majlis ini disempurnakan oleh YBHG. DATO' AHMAD SHAPAWI BIN ISMAIL iaitu ketua pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 29 September 2017 ( Jumaat) bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pada pukul 8 pagi, para pelajar diminta membuat pendaftaran di meja pendaftaran di luar dewan. pra pelajar diminta untuk mengisi nama, nombor telefon dan nama ibu bapa pengiring. Kemudian, para pelajar diminta untuk berkumpul dan mendengar taklimat untuk raptai pertama pada pukul 10 pagi.
selesai mendengar taklimat, para pelajar disusun mengikut senarai nama yang sedia ada untuk upacara penyampaian sijil. selesai sesi raptai pertama, para pelajar berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor.

Atur Cara Majlis Graduasi Pelajar Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN Sekolah Sukan Malaysia tahun 2017 seperti berikut;
2.30 petang - Ketibaan ibu bapa dan para jemputan.
3.30 petang - Ketibaan Tetamu Kehormat YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Bin Ismail
                      Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara
                      Istiadat Perarakan masuk diketuai oleh Khairul Hafiz Bin Jantan, raja pecut Asia, 
                      Nur Dhabitah Binti Sabri, penerjun negara dan Karisma, pemain bola jaring negara. 
                    - Nyanyian Lagu 'Negaraku'
                    - Bacaan doa
                    - Persembahan Multimedia
                    - Ucapan wakil pelajar dari Chandreshan a/l Ravichandren ( SSBJ )
                    - Ucapan Aluan Pengarah Bahagian Sukan
                      YBrs. Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh
                    - Ucapan Perasmian Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia 
                       YBhg. Dato' Ahmad Shapawi bin Ismail
                    - Upacara Penyampaian Sijil Majlis Graduasi Pelajar Program Prauniversiti 
                       KPM-KPT-MSN Tahun 2017 
                       i. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail  (SSTMI)
                       ii. Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
                    - Penyampaian Anugerah Pengetua
                    - Sesi Pengambaran
                    - Jamuan

Senarai Graduan Sesi 2016/2017 seramai 83 orang dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

A. SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (SSBJ)
1. Amirul Hakim Bin Johari
2. Muhammad Hafiz Bin Mohd Razali
3. Mohamad Ammar Zakuan Bin Zanuar
4. Nik Fariezal Erman Bin Nik Ab Hadi
5. Nirosh Kumar A/L Nathan
6. Noor Shahidatun Nadia Bt Mohammad Zuki
7. Muhammad Nabil Bin Mohamad Nizar
8. Nur Fatin Izzati bt Mohd Hashim
9. Sunatra A/P Su Chat
10. Nur Dhia Liyana Bt Shaharuddin
11. Angela Chieng Chui Fei
12. Chandreshan A/L Ravichandren
13. Nur Fasha Qistina Bt Shaharuddin
14. An Najwa Bt Azizan
15. Ang Ming Shan
16. Chan Kai Rong
17. Cheah Yau Chung
18. Hoo Keng Bing
19. Kang Woan Yi
20. Kirthana A/P Ramasamy
21. Muhammad Asyraf Hadi Bin Ramley
22. Noor Aiman Bin Abdul Hamid
23. Noor Eewan Syafiqah Bt Mohd Sabri
24. Nur Naseha Binti Rusli
25. Tan Yun Wei
26. Ellya Syahirah Bt  Ellias
27. Muhamad Afifi Haikal Bin Nordin
28. Muhamad Ikram Bin Joni
29. Norshafiee Bin Mohd Shah
30. Nur Aliya Binti Ghapar
31. Syazwan Syafik Bin Mat Rizan
32. Raphel Asun

B. SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)
1. Sarifah Fazilah Binti Syed Salim
2. Fahmi Zulhelmi Bin Norazman
3. Muhammad Syarifuddin Bin Mohd Zain
4. Azhad Akmal Bin Mohd Fahmi
5. Syazwan Bin Saharuddin
6. Wan Anwar Bin Wan Ibrahim
7. Amirul Aiman Ihsan Bin Abas
8. Fakhrul Hakimi Bin Md Zainurin
9. Muhammad Luqman Hakim Bin Mohammad Asri
10. Muhamad Anwar Bin Sa'adon
11. Liyana Aqilah Bt Mohd Sepawi
12. Siti Noor Shahira Bt Shahabuddin
13. Nor Syakirah Bt Mohamad Quari
14. Nur Hidayah Bt Hasnan
15. Muhammad Saifudin Bin Zulkepli
16. Wong Shi Min
17. Muhammad Aqiel Bin Zakaria
18. Muhamad Fahmi Bin Azahar Ruddin
19. Tan Choon Hoe
20. Mohd Abdul Hafiz Bin Abdul Khalib
21. Khairunnajwa Binti Khairruddin
22. Sazaumira Binti Mohamed Ismail
23. Nur'ain Binti Mustaffa
24. Ahmad Zikri Bin Abdul Rashid
25. Nurul Hafizah Binti Azahar
26. Nur Adibah Binti Mohd Isa
27. Nur Adiratna Bt Zainal
28. Mustaqim Bin Zainordin
29. Habibah Bin Abidin
30. Syed Mohammad Hasrie Bin Syed Mohammad Zamri
31. Zarina Bt Zakaria
32. Zaharah Sailan Bt Abdullah
33. Mohamad Khairi Bin Nordin
34. Siti Umairah Binti Saifudin
35. Mohamad Izuan Bin Azhar
36. Mohamad Noor Adha Bin Mohd Fadzil
37. Muhamad Zami Bin Zulkifli
38. Nazrin Aiman Bin Ahmad Taufik
39. Muhamad Abdul Karim Bin Md. Nasir
40. Muhamad Afiq Bin Zulkernain
41. Muhammad Haizzat Bin Noor Azmi
42. Muhammad Shahru Akmal Bin Ahmad Kamal
43. Sufi Hafizuddin Hadwan Bin Abdul Halim
44. Mohammad Hafizzuddin Bin Zulkiflie
45. Muhammad Zainul Rusyaidi Bin Ahmad Shuhaimi
46. Lazarus P Junius
47. Muhammad Afiff Zhariff Bin Mohamed Fua'ad
48. Mohamad Khairil Amril Bin Baharudin
49. Ahmad Mustakim Bin Malik
50. Rozaihan Bin Roslee
51. Mohammad Nurulharithulfariz Bin Safpa'afi

Senarai Penerima Anugerah Pengetua Perak
Penerima Anugerah Pengetua Perak terdiri daripada dua orang atlet dari aliran Sains. Atlet yang pertama ialah Angela Chieng Chui Fei dari SSBJ sukan renang. Dilahirkan di Sarawak pada tanggal 3 Disember 1997. Mengambil aliran sains dan gred timbunan 3.92. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Seterusnya Chandreshan A/L Ravichandren dari SSBJ sukan kriket. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tanggal 3 Februari 1997. Mengambil aliran sains dan gred timbunan 3.89. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam Bidang Aerokangsa.

Penerima Anugerah Pengetua Perak dan Gangsa

Senarai Penerima Anugerah Pengetua Gangsa
Penerima Anugerah Pengetua Gangsa terdiri tiga orang atlet dari sastera ikhtisas. Atlet yang pertama ialah Ang Ming Shan  dari SSBJ sukan memanah. Dilahirkan di Taiping, Perak pada tanggal 4 November 1997. Mengambil aliran sastera dan gred timbunan 3.80. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam Bidang Pengurusan Sumber Manusia.
Seterusnya Cheah Yau Chung dari SSBJ sukan olahraga. Dilahirkan di Taiping, Perak pada tanggal 22 Januari 1997. Mengambil aliran sastera dan gred timbunan 3.75. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam Bacelor Pendidikan Jasmani.
Akhir sekali Kharunnajwa Binti Khairruddin dari SSTMI sukan hoki. Dilahirkan di Ipoh, Perak pada tanggal 7 March 1997. Mengambil aliran sastera dan gred timbunana 3.72. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia Bacelor Pendidikan Jasmani.

Maklumat Atlet Pelajar Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN, Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Seramai 32 orang atlet pelajar SSBJ berjaya menamatkan pengajian program prauniversiti dan diraikan dalam Majlis Graduasi Pelajar Sekolah Sukan Malaysia 2017. Kejayaan ini bertambah manis apabila kejayaan akademik digandingkan dengan kejayaan sukan di peringkat antarabangsa. Ini terbukti apabila seramai 7 orang daripada 32 orang atlet pelajar terpilih mewakili negara dalam temasya Sukan SEA ke-29 baru-baru ini. Sebanyak 22 peratus daripada atlet pelajar berjaya menamatkan program prauniversiti yang diraikan ini membuktikan kecemerlangan mereka, berjaya dalam bidang akademik dan sukan. contohnya , atlet pelajar Nur Aliya binti Ghapar dari sukan memanah berjaya merangkul pingat emas dalam acara berpasukan, pingat perak dalam acara campuran dan pingat gangsa dalam acara individu. An Najwa binti Azizan dari sukan bola jaring, juga cemerlang dalam membantu pasukan bola jaring negara dengan memperolehi pingat emas di temasya Sukan SEA ke-29 baru-baru ini.

 Atlet pelajar Ellya Syahirah binti Ellias dari sukan hoki juga telah menunjukkan kecemerlangannya dalam membantu pasukan hoki dewan negara dengan memperolehi pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA ke-29. Atlet pelajar program prauniversiti lain yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam temasya Sukan SEA ke-29 yang lalu ialah Nur Dhia Liyana binti Shaharuddin dari sukan taekwondo, Angela Chieng Chui Fei dari sukan renang, Kirthana a/p Ramasamy dan Noor Shahidatun Nadia binti Mohd Zuki dari sukan olahraga. Keterujaan atas pencapaian cemerlang ini jelas menunjukkan bahawa program prauniversiti ini berupaya melahirkan atlet pelajar yang seimbang dan menunjukkan komitmen yang padu dalam akademik serta berupaya mengharumkan nama negara di Temasya Sukan Asia Tenggara ini, Program Prauniversiti Boleh!

Kecemerlangan yang dicipta oleh atlet pelajat di persada antarabangsa membuktikan SSBJ terus unggul dalam sukan yang diceburi. Kirthana a/p Ramasamy, atlet olahraga yang telah membuktikannya dengan memenangi pingat emas di Kejohanan 2th Asian Track and Field, Asian Junior dan Olimpic Youth Qualification. Pasukan Hoki negara pula dibarisi oleh Ellya Syahirah binti Ellias di Kejohanan Asian Cup China 2015 dan 2nd Girl U-16 Asia Thailand manakala Angela Chieng Chui Fei merupakan atlet renang Youth Olympics Games 2014, World University Games 2015, Sea Games 2015, Asian Youth Games 2013 dan merangkul emas di SEA Age Group 2015. Sukan angkat berat pula menampilkan Muhamad Afifi Haikal bin Nordin Asian dalam Youth Games 2013, Youth World Championship Tashkent dan pemenang pingat gangsa di Kejohanan 16th Asian Youth 2014.

Kecemerlangan yang ditampilkan oleh atlet pelajar prauniversiti ini membuktikan SSBJ terus menerajui pembangunan sukan negara dalam menghasilkan atlet-atlet yang berwibawa serta fokus ke arah pencapaian yang membanggakan.

Maklumat Atlet Pelajar Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.

Pelajar-pelajar Prauniversiti SSTMI seramai 51 orang bagi ambilan 2015/2017 telah mencipta banyak kejayaan dalam bidang sukan, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Antara kejayaan yang dirangkul adalah melibatkan atlet-atlet ragbi, hoki, judo dan sepak takraw.

Kebanyakan atlet ragbi mewakili SSTMI dan negeri masing-masing dalam pelbagai kejohanan sepanjang mereka di SSTMI antaranya ialah Liga Super Ragbi Malaysia 2017, ARFU 7's U20 2017 (Hong Kong), dan Kejohanan Ragbi International Langkawi 2017. Lebih membanggakan apabila pasukan Johor turut diwakili oleh Rozaihan bin Roslee, Amirul Aiman Ihsan bin Abas, Abd Karim bin Md Nasir dan Sufi Hafizuddin Hadwan bin Abd Halim telah muncul sebagai Juara Piala Agong 2017 yang tamat pada Ogos 2017 lalu.

Pasukan Hoki SSTMI Thunderbolt merupakan pasukan yang menjadi Juara berganda pada tahun 2013, 2014 dan 2015 manakala Nib Johan pada 2016 Kejohanan Liga Hoki Remaja Kebangsaan. Kejohanan-kejohanan lain turut disertai antaranya ialah Asean School Games 2014 dan Naib Johan TNB MHL 2016. Pasukan hoki wanita turut mencipta kejayaan apabila muncul Naib Johan, Piala Vivian May Soars 2016 Liga Hoki Wanita TNB MHL 2016 (Johan), Johan dalam rd Women Hockey Invitation Tournament, Hong Kong dan Johan Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2016 dan 2017.

Dalam acara Tenpin Boling, Nur'ain Mustaffa telah memperolehi Perfect Games dalam Penang International, Malaysia International Open (gangsa), Piala Remaja Masters (Johan), SIPMA 2015 Category Singles (Johan), Double (Naib Johan ) , All Events (Johan), SUKMA Sarawak 2016 (Naib Johan), Penang International Open Girls 2016 Open Category (Johan), Thailand Open 2016 (Top 5) dan Piala Remaja Monthly League (Johan). Sukan Boling Padang, Muhammad Saifudin bin Zulkepli telah menyertainbanyak pertandingan. Antaranya South East Lawn Bowls 2015 Singapore (Johan), Commanwealth Youth Games, APIA Samoa (gangsa) dan Sukan Malaysia 2016 (gangsa). Sukan Judo Sarifah Fazila Syed Salim mendapat Gangsa Sukan Sea Games 2015 dan Johan National Senior Judo Championship. Manakala Pasukan sepak takraw diwakili 4 atlet pelajar lulusan Prauniversiti merupakan pemain kebangsaan. Pemain-pemain ini juga terlibat dalam Kejohanan Grand Prix Kebangsaan, mewakili negeri masing-masing selain aktif menyertai Kejohanan STL serta mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Asean Beach Games.

Kecemerlangan yang dicipta oleh atlet pelajar sehingga ke persada antarabangsa membuktikan bahawa program prauniversiti ini wajar diteruskan dan dimantapkan seterusnya menjadi wadah dalam menghasilkan atlet pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.



Para Graduan Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN Sekolah Sukan Malaysia 2017


Comments

Popular posts from this blog

kerja berkumpulan

Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah : Ahli tidak mahu bekerjasama  Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia. Cadangan idea yang bercanggah Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat. Kekangan masa Masa pu

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum. Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah. Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assig

1 MURID 1 SUKAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan? Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung s