Skip to main content

IKHLAS



Belajar untuk ikhlas bukan perkara yang mudah untuk kita sebagai seorang manusia. orang yang penyabar pun boleh hilang sabar apabila ditimpa masalah dan dugaan yang menyakitkan hati mereka. cara membuatkan kita bersabar adalah ikhlas menghadapi apa yang berlaku. ikhlas bermakna kita reda dan ikhlas menerima atau memberi sesuatu agar hati kita menjadi tenang.

Ciri-ciri orang tidak ikhlas


  • Sombong
kebanyakkan orang tidak ikhlas memiliki sifat sombong yang sangat tinggi. mereka merasakan diri mereka adalah yang terbaik. sifat sebegini mendorong mereka untuk membanggakan diri mereka di hadapan orang lain. sombong juga boleh mendorong kita bahaya menjadi orang yang munafik.


  • Suka menujuk
ciri orang yang tidak ikhlas adalah suka menujuk harta kekayaan mereka atau segala tingkah laku mereka. jika mereka melakukan kebaikan seperti menolong orang yang susah, mereka ingin semua orang tahu mereka melakukan kebaikan menolong orang susah. mereka selalu menceritakan kebaikan yang mereka lakukan kepada orang lain.


CARA MEMBUATKAN HATI IKHLAS

  • Banyak berdoa
jika kita dapat menghadapi masalah yang menimpa kita, kita mestilah banyak berdoa kepada Tuhan mengikut agama masing-masing. kita mintalah dipermudahkan menghadapi masalah. jika kita banyak berdoa, maka hati kita akan menjadi ikhlas menerima apa pun yang berlaku.

  • Jangan putus asa
hati kita yang selalu membuat keputusan dan hati juga yang membuatkan kita tidak ikhlas. maka kita janganlah putus asa dengan apa yang berlaku. ikhlaskan hati agar tidak berputus asa dan hadapi dengan tenang.

  • Menyedari kesalahan sendiri
tiada manusia di dunia ini yang sempurna dari melakukan kesalahan. kita perlu menyedari kesalahan diri kita. kita bukanlah manusia yang sempurna tanpa berbuat kesalahan. kita perlu mengaku yang diri kita salah agar hati kita menjadi ikhlas dengan apa yang berlaku.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kerja berkumpulan

Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah : Ahli tidak mahu bekerjasama  Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia. Cadangan idea yang bercanggah Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat. Kekangan masa Masa pu

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum. Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah. Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assig

1 MURID 1 SUKAN

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan? Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung s