Semua orang mempunyai masalah. Besar atau kecil, ringan atau berat, semua orang yang hidup pasti pernah mengalami masalah dalam kehidupan mereka. Beberapa dari masalah itu boleh dihindari atau diselesaikan dengan baik sementara sebahagian lainnya tidak akan ingat cara mengatasi masalah mereka sendiri. Mengalami suatu masalah adalah dugaan hidup bagi kita semua. jika kita berjaya menghadapi masalah kita, kita akan memperolehi pengalaman hidup dan meningkatkan keyakinan untuk kita meneruskan kehidupan.
Berdiam diri dan menunggu masalah hilang dengan sendiri atau mencuba mengabaikan masalah bukanlah langkah yang bijak. kita tidak boleh lari daripada masalah. jika kita tidak mengambil langkah untuk mencuba mengatasi masalah yang sedang kita hadapi maka sudah tentu kita tidak akan menjumpai jalan penyelesaiannya. menangguh menyelesaikan masalah akan mendatangkan akibat lebih buruk dan membuat situasi semakin rumit.
Ada beberapa langkah menghadapi masalah kehidupan:
1. Berdoa
Langkah pertama kita mestilah berdoa. sebagai manusia yang percaya kewujudan Tuhan mengikut agama masing-masing, kita harus berdoa agar diberikan pertunjuk bagi menyelesaikan masalah yang kita hadapi. berdoa juga merupakan salah satu langkah agar kita tidak murung ketika menghadapi dugaan dan boleh memperkuatkan keimanan kita. berdoa juga boleh menjadi salah satu cara menghadapi masalah keluarga.
2. Berfikiran positif
Setiap masalah yang kita hadapi mesti mempunyai kesulitan untuk menyelesaikannya. kita mestilah berfikiran positif agar dapat mengawal minda kita dari berfikiran negatif dengan setiap masalah yang mendatang. jika kita tidak dapat berfikir secara positif, kita mudah menghadapi stress yang berpanjangan dan boleh mendapat kemurungan yang melampau.
3. Berkongsi masalah
tak semua masalah kita boleh simpan seorang diri. kadang kala kita perlu berkongsi dengan seseorang yang boleh dipercayai. jika kita menghadapi masalah itu seorang diri, kita tidak mempunyai jalan penyelesaian yang bijak. kita boleh berkongsi masalah dengan sahabat baik kita. mungkin sahabat baik kita boleh membantu dalam memberi pendapat yang berguna untuk menyelesaikan masalah kita.
4. Meperkembangkan hobi
walaupun kita mempunyai masalah yang berat sekali pun, tidak bermakna kita perlu memikirkan semua masalah itu setiap saat. carilah aktiviti yang boleh dijadikan hobi yang berguna agar kita dapat menyibukkan diri melalkukan hobi tanpa perlu memikirkan masalah yang kita hadapi. jika fikiran kita tidak diseimbangkan dengan aktiviti lain, maka pemikiran kita akan berkurang sedikit demi sedikit dan tidak dapat berfikir dengan jelas.
5. Bersukan
bersukan dapat menyihatkan tubuh badan dan dapat mengubah penampilan diri menjadi lebih menarik. bersukan adalah cara untuk mengatasi masalah. jika kita tidak bersukan, kita boleh jatuh sakit kerana berterusan memikirkan masalah yang kita hadapi.
6. Mendengar lagu yang tenang
lagu boleh mengubah hati seseorang dengan cepat. setiap orang mempunyai irama lagu yang diminati. biasanya kita akan menjumpai cara menenangkan diri ketika mengalami masalah dengan cara mendengar lagu yang digemari. mendengar lagu dapat mengembalikan pemikiran kita agar dapat berfikir secara rasional.
7. Jangan membesarkan masalah
kadang kita menghadapi masalah yang kecil sahaja tetapi kita yang merumitkan keadaaan dengan berfikiran negatif terhadap masalah yang kita hadapi. kadang-kala kita berfikiran negatif hingga membesarkan masalah yang kita hadapi sehingga tidak menemukan jalan penyelesaian.
8. Hadap masalah
lari dari masalah adalah bukan jalan yang terbaik dan tidak membantu langsung kita menyelesaikan masalah. masalah tersebut akan terus menghantui kita selagi kita belum menjumpai jalan penyelesaian. cuba hadap masalah tersebut dan berfikiran positif . lama-kelamaan kita akan menjumpai jalan penyelesaian sedikit demi sedikit.
Comments
Post a Comment