Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

IKHLAS

Belajar untuk ikhlas bukan perkara yang mudah untuk kita sebagai seorang manusia. orang yang penyabar pun boleh hilang sabar apabila ditimpa masalah dan dugaan yang menyakitkan hati mereka. cara membuatkan kita bersabar adalah ikhlas menghadapi apa yang berlaku. ikhlas bermakna kita reda dan ikhlas menerima atau memberi sesuatu agar hati kita menjadi tenang. Ciri-ciri orang tidak ikhlas Sombong kebanyakkan orang tidak ikhlas memiliki sifat sombong yang sangat tinggi. mereka merasakan diri mereka adalah yang terbaik. sifat sebegini mendorong mereka untuk membanggakan diri mereka di hadapan orang lain. sombong juga boleh mendorong kita bahaya menjadi orang yang munafik. Suka menujuk ciri orang yang tidak ikhlas adalah suka menujuk harta kekayaan mereka atau segala tingkah laku mereka. jika mereka melakukan kebaikan seperti menolong orang yang susah, mereka ingin semua orang tahu mereka melakukan kebaikan menolong orang susah. mereka selalu menceritakan kebaikan yang me

MASALAH

Semua orang mempunyai masalah. Besar atau kecil, ringan atau berat, semua orang yang hidup pasti pernah mengalami masalah dalam kehidupan mereka. Beberapa dari masalah itu boleh dihindari atau diselesaikan dengan baik sementara sebahagian lainnya tidak akan ingat cara mengatasi masalah mereka sendiri. Mengalami suatu masalah adalah dugaan hidup bagi kita semua. jika kita berjaya menghadapi masalah kita, kita akan memperolehi pengalaman hidup dan meningkatkan keyakinan untuk kita meneruskan kehidupan. Berdiam diri dan menunggu masalah hilang dengan sendiri atau mencuba mengabaikan masalah bukanlah langkah yang bijak. kita tidak boleh lari daripada masalah. jika kita tidak mengambil langkah untuk mencuba mengatasi masalah yang sedang kita hadapi maka sudah tentu kita tidak akan menjumpai jalan penyelesaiannya. menangguh menyelesaikan masalah akan mendatangkan akibat lebih buruk dan membuat situasi semakin rumit. Ada beberapa langkah menghadapi masalah kehidupan: 1. Berdoa Lang

kerja berkumpulan

Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah : Ahli tidak mahu bekerjasama  Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia. Cadangan idea yang bercanggah Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat. Kekangan masa Masa pu

MAJLIS GRADUASI PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM-KPT-MSN 2017

Majlis Graduasi Pragram Prauniversiti KPM-KPT-MSN  Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan 2017 Majlis ini disempurnakan oleh YBHG. DATO' AHMAD SHAPAWI BIN ISMAIL iaitu ketua pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 29 September 2017 ( Jumaat) bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pada pukul 8 pagi, para pelajar diminta membuat pendaftaran di meja pendaftaran di luar dewan. pra pelajar diminta untuk mengisi nama, nombor telefon dan nama ibu bapa pengiring. Kemudian, para pelajar diminta untuk berkumpul dan mendengar taklimat untuk raptai pertama pada pukul 10 pagi. selesai mendengar taklimat, para pelajar disusun mengikut senarai nama yang sedia ada untuk upacara penyampaian sijil. selesai sesi raptai pertama, para pelajar berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Atur Cara Majlis Graduasi Pelajar Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN Sekolah Sukan Malaysia tahun 2017 seperti berikut; 2.30 petang - Ketibaan ibu bapa dan para

AYAH DAN IBU

Ayah dan ibu, anakmu masih memerlukan bimbinganmu, ke jalan kebahagian, ke taman keharmonian, dunia dan akhirat. Terima kasih ayah dan ibu, kerana mengajarku erti kekuatan, kohon ayah, kupinta ibu, restu dan doamu moga dikirimkan, buat pembakar semangat, penyuluh di kala gelap. Ampunkan anakmu, andai pernah menyakiti hatimu, yang terguris moga terhakis, yang terasa moga menjadi sisa, terima kasih ayah! terima kasih ibu! kerana jasamu, tidak mampu ku balas.