Skip to main content

KAWAL KEWANGAN

TIPS KAWAL KEWANGAN YANG TINGGI


Tips yang saya berikan tidak akan memberi kesan jika anda tidak mengamalkannya dan terus boros berbelanja dan gagal mendisiplinkan diri untuk berbelanja mengikut nafsu. Bagi membantu anda menjimatkan belanja dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari, disarankan:

KURANGKAN MAKAN DI LUAR

Tips ini sememangnya terbukti berkesan kerana kos belanja makan di luar terutama di kawasan Kuala Lumpur adalah amat tinggi sehingga tiga kali kos menyediakan makan sendiri di rumah adalah lebih baik jika anda makan dahulu di rumah sebelum keluar.
Membawa bekal juga salah satu cara untuk anda mengurangkan makan di luar dan boleh menjimatkan banyak perbelanjaan makan kita sebulan serta memberikan lebihan wang yang anda ada sehingga hujung bulan.




CATAT PERBELANJAAN

Catat perbelanjaan harian anda, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Kaedah ini boleh memberikan anda maklumat untuk mengawal trend perbelanjaan harian. Cara ini juga membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Hari ini anda belanja, malamnya kita buat rumusan dan perhitungan, di waktu itu anda dapat mengenalpasti tabiat perbelanjaan yang buruk dan mengubahnya.



MENYIMPAN/ MENABUNG

Ramai yang tidak sedar sebenarnya kebanyakkan kita menggunakan kaedah yang salah dalam pengurusan kewangan dengan menganggap bahawa simpanan itu sebenarnya lebihan wang setelah menolakkan perbelanjaan daripada pendapatan.
Cara ini menyebabkan anda meletakkan simpanan itu berada di keutamaan yang paling belakang. Anda perlu ubah cara berfikir dalam mengurus kewangan yang tidak berkesudahan.
Perkara yang pertama anda perlu buat apabila mendapat gaji atau pendapatan lebih ialah menetapkan satu jumlah daripadanya sebagai simpanan. Saranan yang popular ialah 10% manakala orang Jepun mengamalkan menyimpan 20% dari pendapatan.
Pastikan kita menyimpan di dalam Institusi kewangan yang menyebabkan kita susah untuk mengeluarkan duit sebagai contoh Tabung Haji. Walaupun sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada banyak tapi kadang-kadang.



JAGA HARTA BENDA

Ramai antara kita lupa bahawa membaik pulih sesebuah peralatan terutamnya yang sering dan menjadi keperluan untuk kita gunakan akan menyusutkan pendapatan dan simpanan kita.
Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sentiasa menjaga dengan baik dan mengadakan penyelenggaraan berkala terhadap setiap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan.
Jika kita menggunakan dengan cara yang kasar seperti memandu laju mungkin akan mengakibatkan kemalangan jalan raya dan paling tidak, tayar kereta cepat haus termasuk komponen kereta yang lain seperti brek, kesan pada enjin dan sebagainya dan pastinya anda sendiri sedar bahawa kos baik pulih kenderaan tiada yang kurang daripada RM100.


KURANGKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Penggunaan kad kredit boleh menyebabkan anda berbelanja tanpa had kerana selesa dengan hakikat bahawa kad kredit ada had limit maksima dan kita masih boleh berbelanja selagi tidak mencapai tahap itu.
Namun, sedar atau tidak, perkara itu juga menyebabkan kita alpa dalam berbelanja sehinggakan berlebihan. Apa mahu risau kita sentiasa sahaja boleh bayar setiap bulan, sangka kita. Tetapi jika anda teliti dengan lebih mendalam, anda telah menyebabkan sejumlah besar pendapatan anda hanya untuk membayar hutang dengan perfikiran demikian.


Comments

Popular posts from this blog

MAJLIS GRADUASI PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM-KPT-MSN 2017

Majlis Graduasi Pragram Prauniversiti KPM-KPT-MSN  Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan 2017 Majlis ini disempurnakan oleh YBHG. DATO' AHMAD SHAPAWI BIN ISMAIL iaitu ketua pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia pada 29 September 2017 ( Jumaat) bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pada pukul 8 pagi, para pelajar diminta membuat pendaftaran di meja pendaftaran di luar dewan. pra pelajar diminta untuk mengisi nama, nombor telefon dan nama ibu bapa pengiring. Kemudian, para pelajar diminta untuk berkumpul dan mendengar taklimat untuk raptai pertama pada pukul 10 pagi. selesai mendengar taklimat, para pelajar disusun mengikut senarai nama yang sedia ada untuk upacara penyampaian sijil. selesai sesi raptai pertama, para pelajar berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Atur Cara Majlis Graduasi Pelajar Program Prauniversiti KPM-KPT-MSN Sekolah Sukan Malaysia tahun 2017 seperti berikut; 2.30 petang - Ketibaan ibu bapa dan para ...

BILA SUSAH CARI AKU. BILA SENANG MENGHILANG.

Assalamualaikum. Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku dan tidak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih, mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkin disebabkan aku ini terlalu membosankan? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan yang paling baik sebelum menjadikan orang lain penyelesaian hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. kadang kala aku terasa seperti dipergunakan bila kau susah. Aku tidak kisah kalau orang menganggap aku dibuli ke apa. aku tak kisah kau suruh aku cari makanan tengah malam untuk kau, aku tak kisah tak tidur buatkan assig...

kerja berkumpulan

Memang tidak dapat di akui kerja berkumpulan ini memang kadang kala memudahkan. Tugasan dapat dibuat beramai-ramai dan memudahkan kerja kita semua. Tetapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ini. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran nya ialah : Ahli tidak mahu bekerjasama  Rasanya semua orang akan faham bagaimana ahli yang tidak mahu bekerjasama. Memang rasa geram sangat kalau ada ahli macam ini. Buat kerja tak mahu sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tidak bekerjasama ni akan mengaku hasil kerja dia yang terbaik. Tidak sedar diri orang macam ini. Penat lelah orang lain, mengaku hasil kerja dia. Cadangan idea yang bercanggah Nak dapatkan kesepakatan dalam kerja kumpulanini memang susah. Cadangan dan idea selalu bertentangan. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila mula  bergaduh, semua kerja tak boleh buat. Masa itu, mula rasa putus asa nak buat. Kekangan masa ...